Thursday 14 August 2014

SALAM DAN KONSEPNYA PART 2


Salam untuk yang dikenali dan tidak.

¡Menyebarkan salam untuk semua penghuni alam ini adalah suatu amalan sunnah, manakala mengucapkan salam hanya untuk org yg dikenali shj menunjukkan alamat atau tanda kiamatoleh itu melebarkan salam untuk sesiapa sahaja asalkan sesama muslim adalah amalan yg sangat baik sebagaimana sabda baginda apabila ditanya oleh seorang sahabat:
¡¡أي الاءسلام خير, قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.¡Maksudnya:¡¡Apakah Islam yang paling baik? Baginda menjawab: kamu memberi makan (mengadakan jamuan),dan kamu mengucapkan salam terhadap orang yg engkau kenali dan terhadap orang yang tidak engkau kenali.”¡¡(Sahih al-Bukhari, no 11, Kitab al-Iman, bab It’am al-Ta’am)


Berkirim Salam¡Salam yg diucapkan drp orang yg ghaib atau salam melalui orang lain, apabila sampai kepada seseorang, maka ianya wajib dijawab dgn cepat tanpa tangguh. Ini ada dijelaskan oleh sebuah hadith, bahawasanya seorang lelaki telah menemui nabi dan berkata:¡¡ان أبي يقرئك السلام, فقال: عليك السلام, وعلى أبيك السلام.¡¡Maksudnya:¡¡Sesungguhnya bapaku berkirim salam kepada engkau, Nabi menjawab: Terhadap awak selamat (sejahtera) dan terhadap bapa awak selamat (sejahtera).¡¡(Musnad Imam Ahmad, no.22025, Baqi Musnad al-Ansar, Ahadith Rijal min Ashab al-Nabiy.)

Memberi Salam di Qubur


Menjawab salam orang Kafir.

¡Salam adalah ucapan sanjungan ahli syurga serta dikhaskan hanya kpd mereka yg mengikuti jalan ke syurga iaitu Islam.¡ ¡Adapun mereka yg berada dalam jalan kesesatan tidak berhak diucapkan salam, sekiranya ingin juga diucapkan, ucapkan la ucapan yang lain seperti selamat pagi dll.¡ ¡Tegahan mengucapkan salam kepada Yahudi, Nasrani dan yang selain Islam ada dinyatakan dalam hadith sebagaimana berikut:

¡لا تبدؤا اليهود ولا النصارى بالسلام, فاءذا لقيتم أحدهم في طريق, فاضطروه الى أضيقه.¡ ¡Maksudnya:¡ ¡Janganlah kamu memulakan memberi salam kepada Yahudi dan Nasrani, dan apabila kamu menemui mereka di jalan, hendaklah kamu himpitkan mereka ke jalan yang sempit.”¡ ¡(Sahih Muslim, no.4030, Kitab al-Salam, Bab al-Nahy ‘an IbtidaAhli al-Kitab bi as-Salam.)¡ ¡Sebagaimana yg telah dijelaskan, org Islam ditegah (haram) mengucapkan salam kepada selain Islam.¡ ¡Namun nabi Muhammad tercinta telah mengajarkan bagaimana untuk menjawab salam mereka sekiranya mereka mengucapkan salam, sebagaimana dicatatkan dalam hadis berkenaan:

¡اذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم. ¡ ¡Maksudnya:¡ ¡Apabila ahli kitab memulakan atau mengucapkan salam kepada kamu, maka jawablah dengan berkata waalaikum iaitu dan keatas kamu.”¡ ¡(Sahih Muslim, no.4024, Kitab al-Salam, Bab al-Nahy ‘an IbtidaAhli al-Kitab bi as-Salam.)¡ ¡Sememangnya menjadi tabiat dan perangai jahat segolongan Yahudi dan Nasrani memperolok dan mempermain-mainkan ucapan salam dengan mengatakanassamu alaikum” yang membawa maksud kematian .keatas kamu


Keadaan Ditegah Ucap Salam.¡Diantara tempat /keadaan ditegah (makruh) mengucapkan salam ialah:¡ ¡1-terhadap orang sembahyang.¡2-mereka yg sedang membaca al-Qur’an.¡3-mereka yg sdng menyampaikan dakwah, ceramah atau khutbah.¡4-Muazzin yg sdng azan atau iqamat.¡5-Sibuk/sdng makan atau tidur.¡6-Lelaki dan perempuan yg bukan mahram.¡7-Orang yg sdg mengumpat.¡8-Orang yg sdng buang air kecil/besar dalam tandas dan bilik mandi dll.



Adab dan Kaifiyat Mengucap Salam
¡1-Ucapan yang difahami oleh kedua-dua pihak, jika tidak dapat didengar maka tidak sah dan tidak dapat pahala.
¡
¡2-Jika ada orng yg tidur, dan salam ditujukan kpd orang yg jaga, maka hendaklah perlahankan nada dan intonasi.
¡
¡3-Makruh hukumnya mengucapkan salam dengan tangan sahaja terhadap orang yg jauh, sebaiknya kedua2nya.
¡
¡4-Salam kepada orang pekak hendaklah diucapkan dengan kadar lafaz yg mampu ia dengar.
¡
¡5-Salam yg ditujukan kpd kanak2 tidak wajib dijawabnya, kerana bukan anggota taklif, namun digalakkan untuk mendidik.
¡
¡6-Sunat mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum memulakan percakapan.
¡
¡7-Salam sepatutnya diucapkan apabila ingin memasuki rumah, samada rumah orang atau kita.
¡ ¡8- Digalakkan mengulangi dan banyak kali memberikan salam apabila bertemu, walaupun berpisah dalam tempoh yang singkat.
¡9-Ucapan salam yg paling ringkas ialahAssalamualaikumdan dijawabWa’alaikumsalam”. Jika menjawab sekadaralaikumadalah tidak dikira mendapat pahala.


Kepentingan Salam.
¡1-Ucapan salam dapat melembutkan serta menjinakkan hati sesama muslim serta mengukuhkan hubungan.
¡
¡2-seseorang yg sentiasa mengucapkan salam dan mendahulukan salam kpd org lain adalah yg paling dekat dgn Allah dan paling dikasihi.
¡
¡3-Salam dapat melenyapkan perasaan dengki, iri hati dan dendam.
¡
¡4-Salam dapat mengikat kasih sayang yg berpanjangan dan memupuk semangat setia kawan.
¡
¡Diriwayatkan Saidina Umar al-Khattab sengaja keluar ke pasar dengan tujuan untuk menyebarkan salam kepada kaum muslimin.


Hukum Hadith.
¡1-Memberi salam kpd bukan Islam adalah ditegah (haram).
¡2-Orang yg lebih mulia dan kedudukan yg tinggi disunatkan memberi salam kepada kedudukan yg rendah.
¡3-Salam orang kafir tidak wajib dijawab.
¡4-Memberi salam adalah sunat muakkad.
¡5-Memberi salam sunat dan menjawab wajib.
¡6-Salam tidak boleh digunakan untuk mempersenda dan memperolok atau mengusik.
¡7-Dibolehkan (harus) salam wanita kepada lelaki dan sebaliknya jika tiada fitnah.
¡8-Salam dgn isyarat tangan tanpa lafaz adalah makruh.

Pengajaran Hadith.
¡1-Orang yg berkenderaan hendaklah memberi salam kepada yg berjalan.
¡
¡2-Yang berjalan hendaklah beri salam kpd yg duduk.
¡
¡3-Berkirim salam adalah digalakkan.
¡4-Orang sedikit hendaklah beri salam yg ramai.
¡
¡5-Salam boleh dinyatakan dengan isyarat.
¡
¡6-Hendaklah menjawab salam dengan ungkapan yg lebih baik atau yg sama.
¡
¡7-yang lebih muda terlebih dahulu bagi salam kpd yg tua.
¡
¡8-Memberi salam ketika hendak masuk rumah, dan masuk jika telah diizinkan.
¡
¡9-Jika berlaku perselisihan org yg memulakan salam itu adalah lebih baik.

Kesimpulan.
¡Hendaklah kita sebagai umat Islam sentiasa memulakan salam dan menyebarkan salam.
¡
¡Tuntutan mengucapkan salam adalah merupakan suatu sunnah Nabi yang mulia yang digalakkan dalam Islam.
¡
¡Salam adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.
¡
¡Hendaklah kita sebagai seorang hamba bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam.





0 comments:

Post a Comment