Friday 21 November 2014

KERETA MURAH SCRAPE CAR SINGAPORE DARI SUDUT ISLAM

assalamualaikum sahabat2 sekalian.........

SESUNGGUHNYA kita sebagai umat Islam hendaklah kita sama-sama saling bantu-membantu, saling tegur menegur, kerna dalam Islam tiada istilah BUSY BODY, kerna agama Islam adalah agama ukhwah, agama persaudaraan sesama umat Islam yang kernanya hendaklah kita selalu menegur baik diri kita sendiri (muhasabah) mahupun sahabat-sahabat seagama atas niat ikhlas kerna Allah dan rasulnya sebagai usaha islah kearah kebaikan dan kesejagatan.

Jika kita perhatikan semenjak kita dilahirkan lagi sudah pastinya kita disambut oleh orang lain iaitu bidan, doktor, nurse dan sebagainya, sebaik sahaja lahir kita diazankan dan diiqamatkan, kita lihat pula kehidupan seterusnya setelah kita menjadi tua dan akhirnya meninggal dunia, maka kita akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan oleh orang lain yang mungkin kita sendiri pun tidak kenal dan rapat, untuk itu lihatlah bahawa kehidupan ini bukanlah sebuah kehidupan secara individu atau solo, lebih tepat lagi kehidupan Islam adalah kehidupan ukhuwwah persaudaraan, kerna semenjak kita dilahirkan sehinggalah kita meninggal dunia maka kita disambut dan disempurnakan oleh orang lain yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak kenal, begitulah indahnya Islam.

Artikel ini hanyalah sekadar coretan dan luahan minda penulis terhadap isu kereta murah scrape car singapore, jika ada kesilapan atau tersalah faham berkenaan isu ini harap dapat ditegur dengan jayanya.

Memandangakan isu memiliki sebuah kereta atau kereta pertama bagi anak-anak muda yang giat berusaha mencari dan mengumpul duit semata-mata untuk memenuhi keinginan dan cita-cita memiliki sebuah tunggangan kenderaan yang diimpikan pada masa kini telah adanya satu alternatif lain yang penulis rasakan ianya bukanlah satu jalan keluar kepada kemelut harga dan kualiti kereta di Malaysia kurang bermutu.

Maka tanpa berfikir panjang anak muda khususnya dan juga anak tua terus mengambil jalan pintas dengan membuat PERSONAL LOAN semata-mata untuk membeli sebuah kereta yang dikenali sebagai scrape car singapore. memang benar tidak dinafikan ianya adalah MURAH dan MENJIMATKAN kos sara hidup anda, namun adakah anda terfikir akan musibah dan kesannya terhadap diri sendiri, sahabat, agama dan negara???

Sekali lagi penulis tekankan, artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan periuk nasi sesiapa pun, namun sesuatu pekerjaan itu jika tidak kena pada pandangan Islam maka ianya adalah tertolak, apatah lagi ianya bakal membawa kepada kesengsaraan dan malapeta kepada pemilik kereta berkenaan dan juga pemilik asli kereta berkenaan (no flat yg diklon), maka ia mendatangkan dua musibah sekaligus.



MARI KITA LIHAT KESAN YANG BERLAKU PADA SESUATU ASPEK:

1) DIRI SENDIRI: ANDA perlu tahu membeli kereta berkenaan untuk digunakan diatas jalanraya sebenarnya banyak mengundang padah contohnya jika kereta berkenaan dikesan dan ditangkap oleh JPJ atau KASTAM maka anda akan kehilangan kereta berkenaan serta merta, ada juga yang mengatakan anda akan didenda sejumlah ribuan ringgit, ini pengalaman admin yang diceritakan oleh sahabat polis yang pada masa itu baru sahaja menangkap pemilik kereta scrape ini. apa yang akan anda bayangkan duit yg selama ini disimpan atau personal loan hangus begitu sahaja, bukankah ianya satu usaha yang sia-sia??????

Satu hal lagi cuba bayangkan, ketika mana anda ditangkap oleh JPJ atau KASTAM, anda sedang membawa isteri, mak, ayah, adik beradik, tunang ataupun mereka yang memandang tinggi anda ataupun anda inginkan mereka memandang tinggi anda, tidakkah MALUUUUUU ya amattttttt, kantoi beli kereta tak sah, tak pasal-pasal heboh satu kampung, tup2 pulak time tu hari raya, ataupun time tu anda nak pergi interview atau menghadiri sesuatu event yang sangat penting, tak ke huru hara???

LAGI satu kalaulah terserempak dengan pemilik no flat kereta sebenar, tak malu n parah....

2) ORANG LAIN: MEREKA akan teraniaya, mengapa??? kerna mereka yang memandu SCS (SCRAPE CAR SINGAPORE) diatas jalan raya sebenarnya menggunakan no flat orang lain yang DIKLON begitu juga dengan roadtax. tak pasal-pasal kena saman AES, SO pemilik asal no flat  kereta la yang kena bayar saman, KESIAN TAK, TAK KE ANIAYA KAWAN. umpama anda berak kawan cucikan.

3) AGAMA: DARI sudut agama menggunakan barang yang bukan hak milik kita tanpa memberitahu adalah haram dan berdosa, seumpama mencuri, mengambil tanpa pengetahuan pemilik, maka ianya suatu kezaliman, ada juga admin dengar daripada USTAZ JADIAN yang memberi helah dan alasan yang mengikut hawa nafsunya seperti kita ambik kereta SCS  ni sebab nak elakkan bayar hutang dan RIBA, sebab RIBA ni berdosa, so katakan pada mereka, MENCURI lagi berdosa dari pada riba, sebenarnya pasal riba ni anda perlu faham bahawasanya kita sekarang ini sudah tidak boleh lari dari riba', kita didalam keadaan terpaksa DAN DIPAKSA , dan tiada pilihan, maka sesuatu yang dibuat secara dipaksa maka insyallah akan dimaafkan (ini semua angkara pemerintah, dia yang berkuasa dan menentukan yang terbaik untuk umat Islam) so ianya adalah dua benda yang berbeza sebenarnya, mengambil riba dengan paksaan dan mencuri jelas hukumnya lebih berat mencuri. maka disini tersalah muamalahnya, hati apabila dikuasai nafsu maka begitulah jadinya.

4) NEGARA: SUDAH PASTI pengeluar-pengeluar kereta tempatan mahupun pelabur kereta luar akan merasa rugi, maka kesannya disini sudah pasti badan-badan berkanun akan mengetatkan rondaan dan hukuman kepada sesiapa yang menggunapakai SCS  ni di Malaysia, pada masa itu adakah anda nak simpan kereta dalam garaj sampai 1 tahun, ini sangat relevan kerna sudah pasti hasil jualan kereta tempatan akan merudum disebabkan pembeli-pembeli lebih cenderung untuk mengambil kereta SCS yang jauh lebih murah. jadi akibatnya siapa yang tanggung adakah penjual??? tak penjual saat itu sedang berseronok bercuti di luar negara, sudah pasti anda.




JADI FIKIR-FIKIRLAH

RENUNG-RENUNGLAH

NASIHAT SAYA:

1) UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI
2) BELILAH IKUT KEMAMPUAN DAN BUKAN MENGIKUT KEINGINAN NAFSU.
3) JIKA ANDA TIDAK SUKA ORANG MENCURI BARANG ANDA, JANGAN MENCURI BARANG ORANG LAIN (FLAT NUMBER).

SO KITA ADA AGAMA, BARANGSIAPA YANG MENGIKUT AGAMA PASTI IA AKAN BAHAGIA ITULAH ISLAM=SELAMAT=SEJAHTERA=KEAMANAN=KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN.


HANYA PERASAN CEMBURU YANG MENGHASUT HATI NURANI KITA, TATKALA MELIHATKAN KEJAYAAN ORANG LAIN, BIARLAH ORANG LAIN YANG MELAKUKAN JANGAN KITA........

ANDA juag mungkin meminati artikel SCRAPE CAR SINGAPORE ini klik sini dan sini juga sini

4 comments:

  1. assalam..
    ikut hati sebenarnya nak guna kreta yg masih umur 7th kebwah maknanya enjin baik dan tak bnyk krenah baik berbading krta yg sama harga di dlm ng dlm 7k tu dah umur 10th atas...hhhuu tak niat nak berlagak cuma jika boleh bawa famili prgi sekolah ker majl;is ilmu tanpa masalah....

    ReplyDelete
  2. This blog is so nice to me. I will keep on coming here again and again. Visit my link as well.. cheap no fault auto insurance in michigan

    ReplyDelete
  3. Very interesting blog. Alot of blogs I see these days don't really provide anything that I'm interested in, but I'm most definately interested in this one. Just thought that I would post and let you know. eplaw

    ReplyDelete
  4. The information is much helped me. I thank you a lot and you deserve it. Please write the similar post now and then.

    Learn Quran online


    ReplyDelete