Tuesday, 18 November 2014
KERETA MURAH SINGAPORE (SCRAPE CAR) APA BENDA TU?
Assalamualaikum
Sekarang ni aku tengok ramai yang ingin memiliki kereta idaman dan dambaan hati dan sanubari, maklumlah semakin hari mestilah nak semakin maju, semakin hari mestilah nak makin bergaya, semakin hari mesti mau lain dari yang lain. Tidak lain ianya adalah berkaitan dengan KERETA SCRAPE CAR.
SO apa sebenarnya kereta Scrape Car Singapore ni???
em.. nak mula dari mana ye, aku sebenarnya malas nak cerita panjang2 ni, letih nak menaip, tapi disebabkan rasa kecintaan aku kepada sahabat2 so aku tulislah sikit2, takpe yang penting maklumat sampai kat korang.
1)Definisi: kereta yang dah tamat tempoh berada di jalan raya di Singapore. kat singapore setiap kete boleh berada di jalan raya maksimum selama 5 tahun je, berbeza kat malaysia ni sampai anak cucu cicit pon boleh pakai lagi yang penting no flat tu kasi BESAR sikit, huhuhu... barulah mudah kamera jpj nak tangkap gambar dapat duit, mudahkan buat duit. (guraw jer)
Jadi nak jadi ceritanya, kat singapore ni terjadi lambakan kereta, pelbagai jenis kereta dan pelbagai jenama, dari harga murah hinggalah mahal. negara kecik tapi lambakan kereta banyak so mana nak simpan sume kereta2 lapuk ni, walaupun sebenarnya tak lapuk (cantik2 lagi kot sebab aku dah naik n tengok)
so nak pendekkan cerita, diorang ni jual la kereta tersebut atas nama nak buat spare part kat Malaysia ni or nak buat bahan ujikaji di Litar belakang umah korang, huhu. tapi malangnya ada tangan2 gatal yang terlebih bijak mengalahkan Elbert Einstain dalam bab bisness ni, so diorang nampak market tinggi kat Malaysia dengan menjual kereta yang berharga mahal tapi diorang jual dengan harga murah, so memang KELABU MATA melihatnya termasuk admin, hampir-hampir nak beli dulu SUBARU N BMW tapi tu nanti aku cite kat post lain la, skarang fokus pada definisi dulu, sebab kalo tak tahu definisi tu yang masa exam meniru tu, sebab tak faham awal so x faham la tengah n hujung.
nak jadi cerita selepas dilancarkan penjualannya oleh YB (Yang Berbisness @yang botak) melalui FB, WHATSHUP dan sebagainya, maka ianya bagaikan menjadi fenomena dikalangan warga Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda yang gah mencari populariti di kampung dan di ibu kota tatkala balik Hari Raya mahupun dok tayang kat depan kedai Mapley atau saje2 parking kat tempat2 ramai orang, kah3, nak tayang bahawasanya dia telah berjaya di dunia (akhirat entah kemana) walaupun tak keje or tak ngaji tinggi (kesian) tapi apakan daya hati menjadi kelabu sebab cepat sangat melatah nak mengejar populariti dan wanita (huhu, kalo kita mengejar dunia maka dunia akan menjauhi kita dan akhirat lagi lah jauh)
so sampai sini jelah dulu, membe aku tiba2 msg ajak main badmintan, maklumla nak ganti Lee Chong Wei ,korang hafal la dulu definisi tu, kang tak hafal kang susah nak jawab dalam exam,
aku nak panaskan enjin kereta jap, tapi kereta aku bukan kereta Scrape Singapore la, apa barang, sebab aku dah buat ujikaji akan berbahayanya nanti aku cerita untuk selamatkan kawan2ku yang tersayang.
k bye salam, nak baca lebih berkaitan scrape car singapore klik sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment