Friday 21 November 2014

KERETA MURAH SCRAPE CAR SINGAPORE DARI SUDUT ISLAM

assalamualaikum sahabat2 sekalian.........

SESUNGGUHNYA kita sebagai umat Islam hendaklah kita sama-sama saling bantu-membantu, saling tegur menegur, kerna dalam Islam tiada istilah BUSY BODY, kerna agama Islam adalah agama ukhwah, agama persaudaraan sesama umat Islam yang kernanya hendaklah kita selalu menegur baik diri kita sendiri (muhasabah) mahupun sahabat-sahabat seagama atas niat ikhlas kerna Allah dan rasulnya sebagai usaha islah kearah kebaikan dan kesejagatan.

Jika kita perhatikan semenjak kita dilahirkan lagi sudah pastinya kita disambut oleh orang lain iaitu bidan, doktor, nurse dan sebagainya, sebaik sahaja lahir kita diazankan dan diiqamatkan, kita lihat pula kehidupan seterusnya setelah kita menjadi tua dan akhirnya meninggal dunia, maka kita akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan oleh orang lain yang mungkin kita sendiri pun tidak kenal dan rapat, untuk itu lihatlah bahawa kehidupan ini bukanlah sebuah kehidupan secara individu atau solo, lebih tepat lagi kehidupan Islam adalah kehidupan ukhuwwah persaudaraan, kerna semenjak kita dilahirkan sehinggalah kita meninggal dunia maka kita disambut dan disempurnakan oleh orang lain yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak kenal, begitulah indahnya Islam.

Artikel ini hanyalah sekadar coretan dan luahan minda penulis terhadap isu kereta murah scrape car singapore, jika ada kesilapan atau tersalah faham berkenaan isu ini harap dapat ditegur dengan jayanya.

Memandangakan isu memiliki sebuah kereta atau kereta pertama bagi anak-anak muda yang giat berusaha mencari dan mengumpul duit semata-mata untuk memenuhi keinginan dan cita-cita memiliki sebuah tunggangan kenderaan yang diimpikan pada masa kini telah adanya satu alternatif lain yang penulis rasakan ianya bukanlah satu jalan keluar kepada kemelut harga dan kualiti kereta di Malaysia kurang bermutu.

Maka tanpa berfikir panjang anak muda khususnya dan juga anak tua terus mengambil jalan pintas dengan membuat PERSONAL LOAN semata-mata untuk membeli sebuah kereta yang dikenali sebagai scrape car singapore. memang benar tidak dinafikan ianya adalah MURAH dan MENJIMATKAN kos sara hidup anda, namun adakah anda terfikir akan musibah dan kesannya terhadap diri sendiri, sahabat, agama dan negara???

Sekali lagi penulis tekankan, artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan periuk nasi sesiapa pun, namun sesuatu pekerjaan itu jika tidak kena pada pandangan Islam maka ianya adalah tertolak, apatah lagi ianya bakal membawa kepada kesengsaraan dan malapeta kepada pemilik kereta berkenaan dan juga pemilik asli kereta berkenaan (no flat yg diklon), maka ia mendatangkan dua musibah sekaligus.



MARI KITA LIHAT KESAN YANG BERLAKU PADA SESUATU ASPEK:

1) DIRI SENDIRI: ANDA perlu tahu membeli kereta berkenaan untuk digunakan diatas jalanraya sebenarnya banyak mengundang padah contohnya jika kereta berkenaan dikesan dan ditangkap oleh JPJ atau KASTAM maka anda akan kehilangan kereta berkenaan serta merta, ada juga yang mengatakan anda akan didenda sejumlah ribuan ringgit, ini pengalaman admin yang diceritakan oleh sahabat polis yang pada masa itu baru sahaja menangkap pemilik kereta scrape ini. apa yang akan anda bayangkan duit yg selama ini disimpan atau personal loan hangus begitu sahaja, bukankah ianya satu usaha yang sia-sia??????

Satu hal lagi cuba bayangkan, ketika mana anda ditangkap oleh JPJ atau KASTAM, anda sedang membawa isteri, mak, ayah, adik beradik, tunang ataupun mereka yang memandang tinggi anda ataupun anda inginkan mereka memandang tinggi anda, tidakkah MALUUUUUU ya amattttttt, kantoi beli kereta tak sah, tak pasal-pasal heboh satu kampung, tup2 pulak time tu hari raya, ataupun time tu anda nak pergi interview atau menghadiri sesuatu event yang sangat penting, tak ke huru hara???

LAGI satu kalaulah terserempak dengan pemilik no flat kereta sebenar, tak malu n parah....

2) ORANG LAIN: MEREKA akan teraniaya, mengapa??? kerna mereka yang memandu SCS (SCRAPE CAR SINGAPORE) diatas jalan raya sebenarnya menggunakan no flat orang lain yang DIKLON begitu juga dengan roadtax. tak pasal-pasal kena saman AES, SO pemilik asal no flat  kereta la yang kena bayar saman, KESIAN TAK, TAK KE ANIAYA KAWAN. umpama anda berak kawan cucikan.

3) AGAMA: DARI sudut agama menggunakan barang yang bukan hak milik kita tanpa memberitahu adalah haram dan berdosa, seumpama mencuri, mengambil tanpa pengetahuan pemilik, maka ianya suatu kezaliman, ada juga admin dengar daripada USTAZ JADIAN yang memberi helah dan alasan yang mengikut hawa nafsunya seperti kita ambik kereta SCS  ni sebab nak elakkan bayar hutang dan RIBA, sebab RIBA ni berdosa, so katakan pada mereka, MENCURI lagi berdosa dari pada riba, sebenarnya pasal riba ni anda perlu faham bahawasanya kita sekarang ini sudah tidak boleh lari dari riba', kita didalam keadaan terpaksa DAN DIPAKSA , dan tiada pilihan, maka sesuatu yang dibuat secara dipaksa maka insyallah akan dimaafkan (ini semua angkara pemerintah, dia yang berkuasa dan menentukan yang terbaik untuk umat Islam) so ianya adalah dua benda yang berbeza sebenarnya, mengambil riba dengan paksaan dan mencuri jelas hukumnya lebih berat mencuri. maka disini tersalah muamalahnya, hati apabila dikuasai nafsu maka begitulah jadinya.

4) NEGARA: SUDAH PASTI pengeluar-pengeluar kereta tempatan mahupun pelabur kereta luar akan merasa rugi, maka kesannya disini sudah pasti badan-badan berkanun akan mengetatkan rondaan dan hukuman kepada sesiapa yang menggunapakai SCS  ni di Malaysia, pada masa itu adakah anda nak simpan kereta dalam garaj sampai 1 tahun, ini sangat relevan kerna sudah pasti hasil jualan kereta tempatan akan merudum disebabkan pembeli-pembeli lebih cenderung untuk mengambil kereta SCS yang jauh lebih murah. jadi akibatnya siapa yang tanggung adakah penjual??? tak penjual saat itu sedang berseronok bercuti di luar negara, sudah pasti anda.




JADI FIKIR-FIKIRLAH

RENUNG-RENUNGLAH

NASIHAT SAYA:

1) UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI
2) BELILAH IKUT KEMAMPUAN DAN BUKAN MENGIKUT KEINGINAN NAFSU.
3) JIKA ANDA TIDAK SUKA ORANG MENCURI BARANG ANDA, JANGAN MENCURI BARANG ORANG LAIN (FLAT NUMBER).

SO KITA ADA AGAMA, BARANGSIAPA YANG MENGIKUT AGAMA PASTI IA AKAN BAHAGIA ITULAH ISLAM=SELAMAT=SEJAHTERA=KEAMANAN=KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN.


HANYA PERASAN CEMBURU YANG MENGHASUT HATI NURANI KITA, TATKALA MELIHATKAN KEJAYAAN ORANG LAIN, BIARLAH ORANG LAIN YANG MELAKUKAN JANGAN KITA........

ANDA juag mungkin meminati artikel SCRAPE CAR SINGAPORE ini klik sini dan sini juga sini

Tuesday 18 November 2014

SCRAPE CAR SINGAPORE PENGALAMAN AKU- JOM TERJAH


ASSALAMUALAIKUM

BUAT MASA SEKARANG NI... aku belum dapat lagi camne nak jadikan kereta scrape singapore ni menjadi halal untuk digunakan dijalan raya, sebab rata-rata pemilik kereta scrape di di bandaraya besar seperti KL dan lain-lain tempat majoriti banyak bangsa cina, ini pon hasil maklumat kawan-kawan aku yang jual kereta ni, maklum la diorang ada link dari singapore.

sekali pandang kat atas jalanraya perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, kaya beb diorang ni, pakai bmw, honda, skyline, subaru dan lain-lain, tengok-tengok keluar-keluar owner dia la, budak mentah lagi, time tu rasa tercabar beb, tapi selepas aku tau taktik diorang ni baik bangsa cina melayu india dll, lepas tu aku dah tak respect dh, kalo terjumpa kereta mahal2 lepastu plat nomber lain daripada yang lain drp tempat negeri berkenaan aku dah suspek ni mesti kereta scrape singapore ni, huhuhu (tak pasal-pasal sume kereta mahal aku suspek scrape car).

korang paham tak apa maksud aku plat nomber lain daripada negeri tersebut, contohnya lah kan, pemilik kereta orang selangor tapi pakai kereta mewah plat nomber terengganu or kelantan, haaaaaaaaaaaaaaaa, tu salah satu petanda suspek kereta scrape care singapore, tapi tak semua la, sebab rata-rata ada gak yang beli hasil titik peluh sendiri.

sebab apa kereta scrape pakai no plat lain daripada negeri pemilik asal????????????????????????????

JAWAPANNYA: sebab ejen telah klon nombor plat pemilik sebenar kenderaan di Malaysia yang dibeli secara sah dengan titik peluh dan titik noktah, huhu.

paham takkkkkkk? macam tak paham je, k la memandangkan malam ni aku banyak masa, aku cerita la, tapi taxde la banyak masa mana, sebab lepas ni aku nak g makan, lapar beb, lepas main badminton tadi 6 set, terus lemak2 hilang.

Alkisahnya macam ni, contoh En Mang ingin membeli kereta scrape car singapore, jenis model Honda Oddesey. SO LEPAS DEAL PUNYA DEAL dengan agen, so dapat la sebuah kereta warna hitam, nak jadi cerita nak mendapatkan kebenaran berjalan diatas jalanraya Malaysia macam roadtax perlunya kepada plat number, so kat sinilah bermulanya si agen tiau or tapau mana-mana pemilik kereta honda Oddesey kat Malaysia ni yang dibeli secara sah di Malaysia.

so lepas dapat plat number yang asli (kereta yang sah diatas jalanraya Malaysia) kerja jadi mudah, tinggal hidupkan roadtax atas nama pemilik sebenar kereta berkenaan, pasal plat number tak susah, pergi je ke bengkel kereta tempah je plat number sebagaimana pemilik yang sah di Malaysia.

so plat number dah dapat, roadtax pon boleh dapat, ini semua kerja ORANG DALAM. ingat tau orang dalam bukan orang minyak mahupun orang utan.

tapi nak dapatkan plat number tersebut kena pastikan tuan empunya number plat asli perlu duduk di negeri yang jauh daripada pemilik tiruan, contohnya pemilik tiruan orang selangor, so diorang ni ambik or klon plat number kereta pemilik asli di negeri Terengganu contohnya, alasannya supaya pemilik sebenar dan pemilik tiruan tidak terserempak dijalanraya. tapi sekali terserempak memang mau kena stereng lock. yang penting kereta pemilik asli mesti jauh daripada kedudukan pemilik tiruan.

korang paham tak ni, selenger je aku tengok, macam tak paham....

lantak korang laaaaaaaaaaaaa...........................

post yang akan datang aku nak cerita pulak macamana kereta Scrape Car Singapore ni dari sisi agama Islam, so sebab utama aku tak beli adalah sebab agama, nak tau, nanti la aku cerita... nak g makan dulu...

nak bace artikel lain yang berkaitan klik sini dan sini



KERETA MURAH SINGAPORE (SCRAPE CAR) APA BENDA TU?


Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang ingin memiliki kereta idaman dan dambaan hati dan sanubari, maklumlah semakin hari mestilah nak semakin maju, semakin hari mestilah nak makin bergaya, semakin hari mesti mau lain dari yang lain. Tidak lain ianya adalah berkaitan dengan KERETA SCRAPE CAR.

SO apa sebenarnya kereta Scrape Car Singapore ni???

em.. nak mula dari mana ye, aku sebenarnya malas nak cerita panjang2 ni, letih nak menaip, tapi disebabkan rasa kecintaan aku kepada sahabat2 so aku tulislah sikit2, takpe yang penting maklumat sampai kat korang.

1)Definisi: kereta yang dah tamat tempoh berada di jalan raya di Singapore. kat singapore setiap kete boleh berada di jalan raya maksimum selama 5 tahun je, berbeza kat malaysia ni sampai anak cucu cicit pon boleh pakai lagi yang penting no flat tu kasi BESAR sikit, huhuhu... barulah mudah kamera jpj nak tangkap gambar dapat duit, mudahkan buat duit. (guraw jer)

Jadi nak jadi ceritanya, kat singapore ni terjadi lambakan kereta, pelbagai jenis kereta dan pelbagai jenama, dari harga murah hinggalah mahal. negara kecik tapi lambakan kereta banyak so mana nak simpan sume kereta2 lapuk ni, walaupun sebenarnya tak lapuk (cantik2 lagi kot sebab aku dah naik n tengok)

so nak pendekkan cerita, diorang ni jual la kereta tersebut atas nama nak buat spare part kat Malaysia ni or nak buat bahan ujikaji di Litar belakang umah korang, huhu. tapi malangnya ada tangan2 gatal yang terlebih bijak mengalahkan Elbert Einstain dalam bab bisness ni, so diorang nampak market tinggi kat Malaysia dengan menjual kereta yang berharga mahal tapi diorang jual dengan harga murah, so memang KELABU MATA melihatnya termasuk admin, hampir-hampir nak beli dulu SUBARU N BMW tapi tu nanti aku cite kat post lain la, skarang fokus pada definisi dulu, sebab kalo tak tahu definisi tu yang masa exam meniru tu, sebab tak faham awal so x faham la tengah n hujung.

nak jadi cerita selepas dilancarkan penjualannya oleh YB (Yang Berbisness @yang botak) melalui FB, WHATSHUP dan sebagainya, maka ianya bagaikan menjadi fenomena dikalangan warga Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda yang gah mencari populariti di kampung dan di ibu kota tatkala balik Hari Raya mahupun dok tayang kat depan kedai Mapley atau saje2 parking kat tempat2 ramai orang, kah3, nak tayang bahawasanya dia telah berjaya di dunia (akhirat entah kemana) walaupun tak keje or tak ngaji tinggi (kesian) tapi apakan daya hati menjadi kelabu sebab cepat sangat melatah nak mengejar populariti dan wanita (huhu, kalo kita mengejar dunia maka dunia akan menjauhi kita dan akhirat lagi lah jauh)

so sampai sini jelah dulu, membe aku tiba2 msg ajak main badmintan, maklumla nak ganti Lee Chong Wei ,korang hafal la dulu definisi tu, kang tak hafal kang susah nak jawab dalam exam,

aku nak panaskan enjin kereta jap, tapi kereta aku bukan kereta Scrape Singapore la, apa barang, sebab aku dah buat ujikaji akan berbahayanya nanti aku cerita untuk selamatkan kawan2ku yang tersayang.

k bye salam, nak baca lebih berkaitan scrape car singapore klik sini